MANCHESTER, ENGLAND, 8 DIS – Setelah seminggu bermula dengan prospek kerja pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer yang kelihatan tidak menentu berakhir dengan kemenangan ke atas pasukan Jose Mourinho dan Pep Guardiola dalam masa 70 jam.
“Saya gembira kerana para pemain mendapat kepastian mengenai apa yang kami lakukan,” Solskjaer berkata selepas kemenangan 2-1 ke atas Manchester City. “Kami kelihatan seperti pasukan Manchester United dan ini sesuatu yang besar untuk saya.”
Tetapi hanya pada Ahad lalu United ditewaskan oleh Aston Villa di laman sendiri untuk perlawanan tanpa kemenangan bagi tiga perlawanan dalam semua pertandingan.
Manchester United hanya berjaya memperoleh kemenangan ke atas Tottenham pada Rabu lalu seterusnya menewaskan City di derby dan mengancam gelaran yang dipertahankan jirannya itu.
Juara bertahan ditewaskan oleh pasukan pelawat di separuh masa pertama hasil sepakan penalti Marcus Rashford selepas diasak dengan serangan oleh Bernardo Silva dan Anthony Martial disusuli dengan hantaran licik daripada Daniel James.

Walaupun tandukan Otamendi berjaya merapatkan jaringan gol di minit ke-85, tetapi pasukan City tidak berjaya menghalang kemenangan kedua di tempat lawan Manchester United untuk musim ini.
Ini bermakna United masih mempunyai peluang untuk menempatkan diri ke Liga Juara-Juara, hanya dengan ketinggalan lima mata daripada pasukan di kedudukan keempat Chelsea.
“Ini sesuatu yang kurang elok dilihat apabila pasukan City lebih baik daripada kami dan… saya faham para pemain akan mengalami kesukaran di sini,” kata Solskjaer.
“Tetapi pada hari ini kami telah bermain dengan bermaruah di tempat yang betul.”
Kekalahan ini membuatkan City mengalami empat kekalahan seperti musim lalu. Pasukan kendalian Pep Guardiola ketinggalan empat mata di belakang Liverpool, yang mempunyai 11 mata lebih di atas Leicester. – AP