Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mane jadi ‘korban’ kemenangan Reds

    LIVERPOOL, 2 April – Sadio Mane (gambar) dijangka terlepas perlawanan Liverpool seterusnya menentang Bournemouth pertengahan minggu ini selepas mengalami kecederaan lutut dalam kemenangan 3-1 Liverpool ke atas Everton.

    Penyerang Senegal itu telah menjaringkan gol awal ketika pasukan Jurgen Klopp mengukuhkan lagi harapan mereka dalam kelayakan ke Liga Juara-Juara dengan kemenangan penting dalam derbi Merseyside ke-228 semalam. Dia berjalan tempang dalam separuh masa kedua berikutan perlanggaran dengan pemain pertahanan Everton, Leighton Baines, tetapi tidak meninggalkan padang dengan tongkat, memberikan sedikit harapan kepada Liverpool bahawa dia tidak akan diketepikan buat masa yang lama.

    “Hari ini (semalam) semuanya hampir sempurna, kemudian kita kehilangan Sadio Mane,” kata pengurus Liverpool, Klopp.

    “Ketika saya menemuinya dalam bilik persalinan, ia tidak kelihatannya dia bersedia bagi perlawanan pertengahan minggu ini. Kita akan lihat. Kami harap ia tidak serius, tetapi ia tidak menjadikan kehidupan kami mudah.”

    Klopp menambah: “Jelasnya dia dalam kesakitan dan ia tidak hanya seperti satu hentakan atau otot atau sebagainya, tetapi kami perlu menunggu.”

    Divock Origi, yang menggantikan Mane, telah menjaringkan gol ketiga, dengan rembatan Philippe Coutinho telah menjadikan jaringan 2-1 ketika rehat selepas jaringan Matthew Pennington menyamakan kedudukan.

    Klopp bersikap diplomatik apabila ditanya bagi memberikan komen tentang terjahan kontroversi pemain Everton Ross Barkley.

    “Ia bukan tugas saya bercakap mengenai terjahan-terjahan,” kata Klopp.

    Pengurus Liverpool itu lebih gembira membincangkan mengenai kualiti persembahan pasukannya.

    “Ia adalah kemenangan selayaknya diperoleh,” kata pengurus dari Jerman itu. “Kami menguasai bola selepas beberapa minit awal. Saya memberitahu para pemain bahawa mereka perlu lebih bijak dan beremosi.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda