Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mane rehat di rumah

    DAKAR, 18 NOV – Persekutuan Bola Sepak Senegal secara rasmi mengumumkan pemain pasukan kebangsaan negara itu yang juga penyerang Bayern Munich, Sadio Mane terpaksa melupakan hasratnya untuk beraksi pada Piala Dunia FIFA Qatar 2022 akibat kecederaan.

    Dalam video yang disiarkan di laman sesawangnya, persekutuan bola sepak itu menyatakan Mane tidak akan menyertai pasukan itu dalam Piala Dunia, lapor agensi berita Qatar (QNA).

    Mane mengalami kecederaan kaki semasa perlawanan Bayern menentang Werder Bremen pada pusingan ke-14 Bundesliga yang menyaksikan Bayern menang dengan jaringan 6-1.

    Senegal akan menyertai Piala Dunia dalam kumpulan A bersama Qatar, Ecuador dan Belanda. Pasukan kebangsaan Senegal akan membuka tirai perlawanan pada Isnin depan dengan menentang Belanda di Stadium Al Thumama. – Bernama

    Mane terpaksa melupakan hasrat untuk bermain dalam aksi Piala Dunia Qatar susulan kecederaan yang dialaminya. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda