Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Mane sah tinggalkan Bayern Munich

    TOKYO, 1 OGOS – Penyerang Bayern Munich, Sadio Mane mengesahkan beliau akan meninggalkan juara Bundesliga itu, lapor agensi berita Jerman (dpa). 

    Mane memberitahu Sky News bahawa beliau sedih untuk meninggalkan Bayern, sambil menambah: “Saya mahukan pengakhiran yang berbeza.”

    Bintang Senegal berusia 31 tahun itu sedang menunggu perpindahan ke kelab Liga Pro Saudi, Al-Nassr. Beliau dilapor akan menjalani pemeriksaan perubatan pada petang Isnin.

    “Saya tahu saya dapat membantu pasukan ini musim ini.

    “Saya mendoakan yang terbaik buat kelab dan para penyokong untuk masa depan,” kata penyerang itu dalam kenyataan eksklusif kepada Sky News.

    Bayern Munich meninggalkan Jepun menuju ke Singapura pada Ahad tanpa Mane.

    Yuran perpindahan Mane ke Al-Nassr dianggarkan sekitar €30 juta (AS$33.2 juta).

    Mane berpindah ke Munich pada musim panas lalu dan mengalami musim pertama yang sukar, termasuk kecederaan jangka panjang yang menyebabkan beliau terlepas aksi Piala Dunia. Pemain itu juga terbabit dalam pertengkaran bilik persalinan dengan rakan penyerang, Leroy Sane. – Bernama

    Gambar fail yang diambil pada 12 Oktober 2022 menunjukkan Mane semasa perlawanan bola sepak Liga Juara-juara UEFA Kumpulan C antara FC Viktoria Plzen dan FC Bayern Munich di Plzen, Republik Czech. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Banduan bolos tiga pencalonan antarabangsa Anugerah IIFA

    Rizky dikecam gara-gara gigi ‘berkarat’

    Isnin, 24 November 2025

    Berita Berkaitan

    Piala Dunia 2026 aksi terakhir Ronaldo

    RIYADH, 12 NOV – Superstar Portugal, Cristiano Ronaldo kelmarin...

    PSG bakal kehilangan tiga pemain akibat cedera

    PARIS, 6 NOV – Paris Saint-Germain (PSG) bakal kehilangan...

    Pindah hanya kerana pencemaran udara

    BENGALURU, INDIA - Tahap pencemaran di ibu negara India...

    Bayern cipta sensasi bersama Kane

    BERLIN, 24 OKT – Hanya tujuh pusingan dalam musim...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...