Sabtu, 22 November 2025
Klik Lagi

    Manfaat bakat pelajar teknikal

    Tinggal 11 tahun lagi kita menuju ke tahun 2035 dalam mencapai wawasan kita.

    Namun setakat manakah pencapaian kita dalam merealisasikan wawasan tersebut?

    Di kala ini, kita hidup dilingkungi dengan kemudahan seperti kenderaan mewah, telefon pintar yang canggih dan gajet terkini, seolah-olah kita yang telah menciptanya.

    Kita alpa bahawa sampai bilakah kita perlu bergantung pada sesuatu hasil daripada ciptaan orang lain bukannya bangsa kita sendiri?

    Saya juga merupakan seorang pengguna sering tertanya-tanya apakah kekurangan yang masih kita hadapi sehingga belum mampu untuk menjadi pencipta.

    Foto Canva

    Oleh itu, sebagai seorang yang mementingkan perihal bangsa dan masa depan negara yang semakin mencabar ini, saya ingin membangkitkan isu tersebut.

    Saya berpendapat pendidikan, kursus yang berkaitan dengan permotoran atau elektronik perlu diberi pendedahan kepada para pelajar sejak dari peringkat awal. Ini penting agar para pelajar mempunyai pendidikan asas dalam bidang tersebut, selain dapat menggembangkan minat mereka dengan lebih mendalam.

    Manakala para pelajar yang telah mengambil bidang teknikal berkaitan elektronik dan permotoran sama ada di peringkat vokasional, teknikal atau pendidikan tinggi perlu diberi perhatian yang sewajarnya agar kemahiran tersebut dapat digilap, di samping memberikan latihan khusus yang lebih lanjut menjurus kepada bidang yang berkaitan.

    Sokongan pihak-pihak dan agensi yang bertanggungjawab sama ada bagi pendidikan atau latihan kemahiran juga penting sebagai kemudahan bagi mereka mengasah lagi kemahiran selain memberikan peluang dan pendedahan terhadap contoh-contoh model kenderaan dan material elektronik terpakai sebagai bahan rujukan atau penyelidikan.

    Dengan masa yang cepat berlalu, wawasan negara 2035 kian mendekat, justeru kerjasama semua amat penting untuk menjayakannya agar apabila menjelang tahun tersebut, masyarakat di negara ini sudah mampu menguasai pelbagai kemahiran, termasuk menjadi pengeluar jenama kenderaan dan alatan elektronik sendiri.

    Gen-B

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    DST Lancar Pelan Sewa Peranti Serba Baharu Bersama Mobi di Karnival...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    Berita Berkaitan

    Kemalangan membabitkan 13 kenderaan ragut 2 nyawa, 4 cedera

    SEOUL, 18 NOV - Dua maut manakala empat lagi...

    STA HB anjur program latih kemahiran berbahasa Arab

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 NOV - Sebagai usaha memperkukuh...

    8 sertai kelas asah kemahiran menjahit

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Lapan...

    19 pakar pendidikan terima lencana, sijil pelantikan

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 12 NOV...

    Terkini

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Yoon dituduh manipulasi siasatan kes anggota marin lemas

    SEOUL, 21 NOV - Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon...

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...