Wednesday, May 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Manfaat bunga mawar untuk kulit

    Tidaklah hanya cantik pada pandangan mahupun harum baunya meresap ke dalam jiwa, bunga mawar juga sarat manfaat dalam memelihara kecantikan.

    Jika dikaji sejarah awal dunia kecantikan, bunga mawar bukan merupakan bahan asing yang dijadikan sebagai penawar merawat termasuk memelihara kulit.

    Selain baunya yang disenangi, banyak kajian telah dijalankan dalam meneliti 1001 kebaikan bunga yang juga dipanggil sebagai ros.

    Air mawar misalnya bermanfaat untuk menyeimbangkan kelembapan kulit dan secara tidak langsung ia mampu mengawal penghasilan minyak.

    Oleh kerana ia melembap dengan mendalam, kandungan air di dalam air mawar menyekat paras minyak dan menyeimbangkan paras pH kulit. Menurut cerita orang dulu-dulu air mawar banyak digunakan dalam upacara keagamaan.

    Bunga mawar mempunyai manfaat terutama dalam menjaga kecantikan. – Envato
    Gambar Envato

    Ada yang beranggapan kelopak mawar dijadikan sebagai penenang jiwa dan berduka lara, maka sebab itulah air mawar sering digunakan pada majlis pengebumian.

    Minyak mawar yang dikenali juga sebagai otto atau attar dalam keluarga bunga mawar, yang diekstrak dari bunga tersebut mempunyai kebaikan untuk meredakan keradangan kulit.

    Terdapat juga penggunaan minyak mawar pada produk akan tetapi ia tidaklah datang daripada kelopak bunga mawar sebaliknya terhasil daripada buah pokok mawar.

    Jika ada yang tidak tahu, buah merujuk kepada biji-biji pada tengah bunga mawar dan awda boleh nampak buah tersebut jika kelopak-kelopak mawar itu dicabut atau gugur.

    Kelopak mawar pula bukan sahaja cantik rupanya, bahkan mempunyai bau yang wangi dan bermanfaat.

    Pada zaman Yunani dan Rom kelopak bunga mawar sangat popular dijadikan sebagai bahan mandi.

    Maka tidak hairanlah banyak jenama wangian menggunakan kelopak mawar sebagai bahan popular dalam minyak wangi sejak dulu lagi. Mawar pula bermacam-macam jenis dan setiap satunya punya kelebihannya tersendiri. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda