Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Manfaat di sebalik sebuah tangisan

    SETIAP orang pasti mempunyai pengalaman menangis dalam hidup mereka. Hari pertama sahaja manusia itu dilahirkan, mereka sudah memiliki pengalaman ketika mengeluarkan air mata.

    Ketika terlalu gembira, terharu atau sedih, manusia adakalanya tidak tahan dengan keadaan itu lantas akan terus menangis. Ketika ini manusia akan mengeluarkan air mata dari celahan matanya.

    Menangis adalah bahasa yang digunakan oleh nenek moyang kita untuk memberitahu tentang kondisi emosinya.

    Air mata menjadi petanda bahawa seseorang individu yang mengeluarkannya berada dalam keadaan yang bersedih.

    Dan jika orang yang berada di sekelilingnya ikut menangis, maka ia bertanda bahawa mereka juga memiliki tahap emosi itu.

    Dalam erti kata lain, air mata adalah simbol dari rasa empati dalam sebuah komuniti. Berkomunikasi dengan menggunakan air mata ini sudahpun digunakan oleh nenek moyang kita sebelum komunikasi verbal ini berkembang denganbaik.

    Sebenarnya, apa sebab utama yang menyebabkan seseorang individu itu menangis dan mengapa apabila seseorang itu berasa sedih, dia akan mengeluarkan air matanya bukan hingusnya sahaja.

    Sebagaimana yang diketahui umum, di atas sudut luar mata kita (atau lebih tepat di bawah alis) ada kelenjar lakrimal atau lebih dikenali sebagai kelenjar air mata.

    Ukurannya adalah hanya sebesar buah kenari, tetapi organ yang kecil ini mampu untuk menghamburkan aliran air mata. Dan ramai yang tidak tahu sebenarnya bahawa menangis ini mempunyai manfaatnya yang tersendiri.

    Di sebalik rasa lega dengan meluahkan perasaan melalui tangisan, ia juga memberikan manfaat pada kesihatan.
    Di sebalik rasa lega dengan meluahkan perasaan melalui tangisan, ia juga memberikan manfaat pada kesihatan.

    Membantu penglihatan mata

    Air mata ternyata dapat membantu penglihatan seseorang. Cairan yang keluar daripada mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuatkan penglihatan menjadi kabur.

    Membunuh bakteria

    Tidak perlu ubat titisan mata, cukup dengan air mata kerana ia mampu untuk berfungsi sebagai antibakteria secara semula jadi.

    Dalam mata terkandung cairan yang dipanggil Lisozom yang mampu membunuh sekitar 90 hingga 95 peratus bakteria yang berada di dalam mata yang dipanggil Lisozom yang mampu untuk membunuh sekitar 90 hingga 95 peratus bakteria yang berada di dalam mata yang mungkin datang daripada jari yang kotor.

    Meningkatkan mood

    Seseorang yang menangis boleh menurunkan peringkat depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan kembali meningkat.

    Air mata yang dihasilkan dari tangisan kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan dengan air mata yang terhasil daripada iritasi mata.

    Mengeluarkan racun

    Seorang ahli biokimia William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar daripada tangisan emosi mengandungi racun.

    Ia bermakna, keluarnya air mata yang beracun itu jelas menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

    Mengurangi stres

    Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine enkaphalin dan protactin, Selain menurunkan peringkat stres, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

    Membangun komuniti

    Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang untuk membangunkan sesebuah komuniti.

    Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan mengenai masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan bersosialisasi seseorang.

    Melegakan perasaan

    Semua orang rasanya berasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera dengan pelbagai masalah dan dugaan namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.

    Setelah menangis juga , sistem badan seperti otak dan jantung akan berjalan dengan lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang berasa lebih baik dan lega.

    Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis kerana pasti selepas itu kita akan berasa sangat lega.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda