ANDA ingin turunkan berat badan ataupun kembali langsing? Cubalah diet ubi kentang!
Antara kebaikan diet ubi kentang, ia merupakan salah satu cara diet yang sering dilakukan oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan, terutama di negara-negara Eropah. Jika dibandingkan dengan nasi, ubi kentang memiliki kalori yang rendah sehingga sesuai dijadikan makanan pengganti nasi, khususnya buat mereka yang sedang berdiet. Di sini dikongsikan beberapa tip kebaikan diet ubi kentang:
1-Mengandungi banyak air
Ubi kentang juga mempunyai kandungan zat cecair yang membantu anda berasa kenyang lebih lama sehingga anda tidak mudah berasa lapar. Kandungan seratnya yang tinggi bagus untuk sistem penghadaman terutama bagi anda yang berdiet. Bahkan, serat yang cukup tinggi dalam ubi kentang ini juga dapat mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan.
2-Mengawal kelaparan
Sebagai sumber karbohidrat, ubi kentang juga akan menambah energi anda yang sedang mejalankan program diet.

Energi ekstra ini boleh digunakan sebagai bahan bakar untuk anda bersenam ataupun melakukan aktiviti bersantai. Di samping itu, pengambilan ubi kentang juga dapat mengurangkan kadar kolestrol.
3-Kaya vitamin
Sebagai salah satu jenis sayur, ubi kentang juga dilengkapi dengan pelbagai vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Antaranya, vitamin C dan B5 yang akan menjadikan anda lebih sihat, segar dan ceria.
Tip memilih ubi kentang
– Pilih yang berbau harum.
– Elakkan yang sudah ditumbuhi ‘mata’ atau berwarna hijau kelebaman.
– Carilah kentang segar dengan kulit yang tipis.
– Simpan kentang di tempat yang sejuk, gelap dan kering, sebaiknya di dalam beg kertas serta jauh dari simpanan bawang-bawang.
– Cahaya mentari mampu membuatnya bertukar kehijauan, manakala suhu di dalam peti sejuk menukar kanji kentang kepada gula. – Agensi