Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Manfaat sayur bayam

    BAYAM merupakan sejenis sayuran berdaun yang sangat mudah didapati di negara ini.

    Namun dikatakan bayam ini sendiri berasal dari Amerika tropika namun sekarang ini sudah tersebar ke seluruh dunia. Terdapat dua jenis bayam yang sangat popular di negara ini iaitu bayam hijau dan bayam merah. Biasanya sayur ini hanya dimasak tumis air sahaja.

    Namun, sebenarnya banyak lagi hidangan enak yang kita boleh hasilkan menggunakan sayur berkhasiat ini. Sebagai contoh, dijadikan inti untuk pastri, pesto untuk hidangan piza dan pasta, ditambah ke dalam proses penghasilan mi sayur dan banyak lagi.

    Bayam merupakan sumber vitamin A dan K, magnesium, asid folik, serat, protein, kalsium dan sebagainya yang penting bagi nutrisi keperluan tubuh. – Gambar hiasan

    Selain itu sayur ini juga mengandung perbagai kandungan nutrisi lain yang diperlukan oleh tubuh. Bayam merupakan sumber vitamin A dan K, magnesium, asid folik, serat, protein, kalsium dan sebagainya. Bayam juga rendah kalori. Antara manfaat bayam yang menakjubkan bagi kesihatan tubuh ialah:

    1. Menjaga kesihatan otak dan meningkatkan memori.

    2. Memberikan zat pada tulang dan sendi.

    3. Menjaga kesihatan organ pencernaan.

    4. Mengurangi risiko terserang kardiovaskular.

    5. Mencegah anemia.

    6. Menyihatkan kulit.

    7. Meningkatkan sistem imunisasi tubuh melawan penyakit.

    8. Membantu melawan sel kanser.

    9. Penglihatan yang lebih baik.

    10. Sumber anti-inflamasi.

    11. Jantung lebih sihat.

    12. Menurunkan tekanan darah tinggi.

    13. Membantu mencegah diabetes. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda