KUALA LUMPUR, 26 April – Syarikat-syarikat tempatan perlu berazam untuk memanfaatkan sistem digital disebabkan gangguan digital yang semakin meningkat di Malaysia, kata Pengarah Urusan International Data Corporation (IDC) ASEAN Sudev Bangah.
Beliau berkata untuk berubah ke arah itu, mereka memerlukan rangka tindakan yang merangkumi strategi perusahaan bersama, pelan pelaburan jangka panjang berpandukan prinsip kepentingan digital kepada perniagaan dan platform digital tunggal untuk meningkatkan teknologi organisasi.
“Gangguan teknikal dilihat semakin ketara dalam kebanyakan industri dan tahap perkembangan pesat transformasi digital telah meningkat.
“Semasa gelombang pertama transformasi digital, organisasi sedar bahawa teknologi digital perlu menjadi sebahagian daripada teras strategi perniagaan dan kejayaan.
“Pada hari ini, kami melangkah ke fasa baharu di mana banyak organisasi telah mengakui manfaat transformasi digital dan melabur dalam inovasi digital untuk mengganggu pasaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bangah berkata pasaran sedang bergerak ke peringkat lebih pantas daripada dijangka dan kini dipacu berasaskan pelanggan dan memperkasa tenaga kerja dan proses operasi yang lebih cekap, aliran perolehan baharu dan kesetiaan pelanggan menerusi penggunaan teknologi dan data.
“Ini merupakan masa yang tepat untuk mengiktiraf banyak organisasi yang meningkatkan inovasi di mana inovasi digital organisasi menyeluruh berterusan telah sedia ada, mentransformasi pasaran menerusi model perniagaan inovatif serta perkhidmatan dan produk secara digital.
IDC merupakan penyaedia utama global perisikan pasaran serta menyediakan khidma nasihat dan acara kepada pasaran teknologi maklumat, telekomunikasi dan teknologi pelanggan. – Bernama