Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 22 DIS – Terselindung di sebalik daun-daun nipah, kelihatan warga emas Hajah Osrah binti Haji Mohamad, 69, ligat menganyam daun nipah untuk dijadikan ketupat, acuan kuih celurut dan takir untuk kuih tilapam yang ditempah oleh pelanggannya. Tangan yang ligat menganyam di petak gerai Tamu Kianggeh itu, tidak sedikit

