KUALA LUMPUR, 3 Nov – Syarikat-syarikat Malaysia perlu memanfaatkan inovasi pendigitalan secara menyeluruh ke atas perniagaan mereka, kata Accenture.
Accenture dalam satu kenyataan kelmarin, berkata berdasarkan kepada analisis terkininya ke atas Indeks Prestasi Digital (DPI), peneraju industri yang terkemuka di Malaysia telah pun memulakan transformasi digital mereka tetapi belum lagi memanfaatkannya secara menyeluruh.
Analisis Accenture di Malaysia, yang terbitkan dalam ‘Faster Than Ever: Can Malaysia’s Top Companies Win in the Digital Age?’, membuat penelitian ke atas 28 syarikat terkemuka Malaysia merentasi lapan industri. (Klik di sini untuk berita lanjut)