Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Manfaatkan kekuatan dan sumber satu sama lain

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Penyelidik dan saintis serta rakan kongsi industri dan kerajaan diseru untuk memanfaatkan kekuatan dan sumber satu sama lain untuk bekerjasama dalam menyokong kemajuan bidang teknologi dan sains masing-masing.

    Pada masa yang sama, usaha itu diharap dapat diterjemahkan kepada penyelesaian dunia sebenar yang praktikal dan nyata yang boleh memperbaiki kehidupan serta menyokong pembangunan mampan.

    Usaha-usaha kolaboratif berkenaan diharap akan terus berkembangan untuk meliputi semua bidang berkepentingan bersama, sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Pro Canselor Universiti Teknologi Brunei semasa Majlis Perasmian UTB-STE Connect 2023 yang berlangsung di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

    DYTM Pengiran Muda Mahkota terdahulu dalam sabdanya menyatakan 15 tahun sejak penubuhannya sebagai sebuah universiti penuh, UTB telah mencapai beberapa mercu tanda signifikan termasuk mengembangkan disiplin Kejuruteraan, Perniagaan dan Pengkomputeran pada 2008 kepada kini merangkumi Sains Gunaan dan Matematik, Rekaan dan Komunikasi.

    Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah bersabda semasa Majlis Perasmian UTB-STE Connect 2023 yang berlangsung di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Rabu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda