Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Manfaatkan MYJalan, salur aduan jalan rosak di Sabah

    TAWAU, 17 JULAI – Penggunaan MYJalan, sebuah aplikasi bagi pengguna membuat aduan berkaitan kerosakan jalan, didapati masih rendah di Sabah, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

    Sehubungan itu, beliau berkata penduduk Sabah yang berdepan masalah jalan rosak sama ada jalan kampung, negeri atau Persekutuan perlu memanfaatkan aplikasi berkenaan bagi memastikan jalan terbabit dapat dibaiki segera.

    “Kami akan salurkan aduan ke pihak yang bertanggungjawab, kalau jalan itu melibatkan kawasan pelancongan, jalan pertanian kita hantar kepada pihak yang berkaitan, kalau jalan itu jalan bandaran, kita hantar kepada pihak berkuasa tempatan berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kemajuan projek pembinaan Rumah Kediaman

    Angkatan Tentera (RKAT) tambahan pelbagai kelas di Kem Kabota di sini hari ini.

    Beliau berkata MYJalan yang dibangunkan kerajaan pada 2023 mengamalkan sistem no wrong door policy.

    Dalam pada itu, Ahmad berkata syarikat konsesi yang diberi tanggungjawab menyelenggara jalan Persekutuan wajib memastikan jalan yang rosak termasuk berlubang segera dibaiki.

    “Pemilik konsesi berkenaan diwajibkan menampal sebarang lubang jalan dalam masa kurang 24 jam, ini adalah prosedur operasi standard dalam perjanjian penyelenggaraan jalan-jalan Persekutuan,” katanya lagi. – Bernama

    Datuk Seri Ahmad Maslan menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bachok 2025 di Dewan Damai Ry, Kampung Teratak Pulai baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda