Manfaatkan pengetahuan akupuntur demi orang ramai

SYDNEY – Daniel Spigelman sedang merawat pesakitnya di sebuah klinik bangunan lima tingkat yang tenang di Potts Point, timur pusat bandar Sydney.

Dia merupakan seorang ahli akupunktur dan pengamal perubatan herba Cina yang belajar selama bertahun-tahun di China dan mempraktikkan rawatan tersebut. Sesudah kembalinya ke Australia, dia berharap kebijaksanaan kuno ini bermanfaat bagi orang ramai.

Minat Spigelman di China bermula dengan keluarganya. Ayahnya pernah mengunjungi China sebelumnya manakala kakaknya belajar Bahasa Cina di Universiti Fudan, Shanghai.

“Saya mengunjungi kakak saya di sana dan itu adalah pertama kalinya saya di China.

Rasanya seperti dunia baharu terbuka untuk saya, dan saya sangat ingin tahu apa yang berlaku di China, di sebalik pemandangan dan budaya,” kata Spigelman kata Xinhua.

Sebagai peminat seni mempertahan-kan diri, dia mengalami kecederaan bahu berulang kali yang menghalangnya daripada bertanding di peringkat lebih tinggi. Setelah mencuba beberapa ra-watan, dia mencuba rawatan tradisional Cina, termasuk akupunktur.

“Pengalaman itu membuka mata saya terhadap banyak nilai budaya tradisional Cina.

Saya benar-benar melihat faedahnya, dan itu adalah sesuatu yang ingin saya kongsi di Barat, kerana walaupun berasal dari budaya Cina, saya percaya ia dapat memberi manfaat untuk mana-mana budaya,” kata Spigelman.

Dia mula belajar perubatan tradi-sional itu di Sydney dan bekerja di cawangan tempatan Beijing Tong Ren Tang, sebuah syarikat farmasi berprestij dalam perubatan tradisional Cina dengan sejarah lebih 350 tahun. Di sini dia merasakan keinginan untuk menyelami lebih dalam. Dia kemudian memohom biasiswa di China dan memulakan perjalanannya.

Spigelman menghabiskan tahun pertamanya di Shandong University untuk mempelajari Bahasa Cina, kemudian pergi ke Beijing University of Chinese Medicine untuk belajar akupunktur dan perubatan herba, dan berlatih bersama doktor di luar pembelajaran universiti.

Daniel Spigelman (kiri) memeriksa keadaan pesakitnya di klinik akupunturnya di Sydney, Australia. – Xinhua

Dia juga menghabiskan satu tahun di Gunung Wudang di wilayah Hubei tengah China, tempat yang terkenal dengan tradisi Taoisme dan seni mempertahan-kan diri, mempelajari teknik akupunktur dan pengetahuan perubatan herba tradisional.

Dia juga menerapkan gagasan berhubungan dengan alam untuk mewujudkan rawatan lebih holistik bagi pesakit kerana dia melihat ini sebagai sesuatu yang mungkin bermanfaat bagi orang yang hidup dalam masyarakat yang penuh tekanan.

Ketika dia berkomunikasi dengan pesakit, dia berusaha menggunakan lebih banyak aspek perubatan tradisional Cina, yang menghubungkannya dengan anatomi untuk membantu pemahaman pesakit. Kadang kala, hasilnya lebih hebat daripada penjelasan apa pun. Selain kliniknya, Spigelman telah mengeluarkan podcast bernama Purple Cloud Podcast selama beberapa tahun. Ini bertujuan untuk membantu orang mempelajari lebih lanjut mengenai perubatan Cina dalam konteks budaya, dan tentang apa yang berlaku di China.

Dia sedang berusaha menterjemahkan wawancara yang dilakukannya dengan beberapa doktor perubatan tradisional Cina semasa perjalanannya di China dan memasukkannya ke saluran YouTube miliknya.

Dia juga berhasrat melanjutkan pengajian ijazah Sarjana dalam Dinasti Ming China (1368-1644) yang berkaitan dengan latihan penyembuhan. – Xinhua