Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Manfaatkan platform digital pulihkan ekonomi

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – Delegasi Persatuan Persahabatan Brunei-China (BCFA) telah menghadiri Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Khas Pertubuhan Persahabatan ASEAN-China melalui platform atas talian, Zoom, hari ini.

    Delegasi tersebut diketuai oleh Presiden (BCFA), Dr Mohammad Firdaus bin Abdul Rahman.

    Turut hadir ialah Naib Presiden (BCFA), Lim Boon Hwa dan Timbalan Setiausaha Agung, Ng Hui Fong.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BCFA, di sini, mesyuarat itu mengetengahkan tema ‘Bekerja dalam perpaduan untuk menentang pandemik, mempromosi pemulihan ekonomi dan melindungi keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau serta global’.

    Semasa mesyuarat berkenaan, Dr Mohammad Firdaus dalam ucapannya semasa mesyuarat berkenaan menyatakan bahawa walaupun penularan pandemik COVID-19 telah menyebabkan ramai tidak dapat melawat rakan-rakan di negara-negara ASEAN-China tetapi ia tidak menghalang mereka daripada terus saling berhubungan melalui platform atas talian serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

    Beliau menambah bahawa dalam normal baharu ini, platform digital harus dimanfaatkan sepenuhnya untuk memulihkan dan mengekalkan ekonomi dengan menyesuaikan dan menggunakan sepenuhnya perdagangan digital, perkhidmatan dan perdagangan atas talian.

    Dr Mohammad Firdaus turut berharap penduduk negara-negara ASEAN-China akan kekal selamat dan sihat serta terus berganding bahu dalam sama-sama menentang pandemik dan membina semula ekonomi dan perdagangan di bawah norma baharu.

    Sementara itu, Presiden Persatuan ASEAN-China, Gu Xiulian menekankan pentingnya bagi semua negara di dalam rantau ASEAN-China untuk berganding bahu menyokong kelestarian perdagangan dan perkhidmatan serantau.

    Kenyataan menambah, dua mesyuarat tematik turut diadakan di mana kedua-dua mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Chinese People’s Association of Friendship with Foreign Countries (CPAFFC), Cheng Haibo di mana mesyuarat pertama membawa tema ‘Kerjasama Ekonomi ASEAN-Chian dalam era pasca COVID-19 dan penyertaan persatuan persahabatan penduduk’ serta mesyuarat kedua membawa tema ‘Peranan Aktif Ubat Tradisional dalam Pencegahan dan Rawatan Pandemik’.

    Dr Mohammad Firdaus semasa menghadiri mesyuarat tersebut secara atas talian, kelmarin. – Gambar serahan BCFA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda