Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangga Amrapali sempena Hari Keputeraan Baginda Sultan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JULAI – Perdana Menteri Bangladesh, Puan Yang Terutama Sheikh Hasina telah menghantar sebanyak 900 kilogram buah mangga sebagai pesambah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Keputeraan Baginda ke-76 tahun.

    Mangga jenis Amrapali yang merupakan varieti terkenal di Bangladesh telah diserahkan kepada wakil Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Negara Brunei Darussalam, hari ini.

    Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Brunei Darussalam, PYT Nahida Rahman Shumona berkata, mangga berkenan ditanam dalam kuantiti yang besar di Bangladesh, dan ia merupakan salah satu buah kegemaran rakyat negara itu dan berharap ia turut diminati di Negara Brunei Darussalam.

    Perdana Menteri Bangladesh telah memilih jenis mangga khas yang digelar Amrapali untuk disembahkan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Mulia.

    PYT Nahida Rahman Shumona menyerahkan mangga berkenaan kepada wakil dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri pada majlis yang berlangsung di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Negara Brunei Darussalam, kelmarin.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda