Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangkuk kayu serlah kreativiti

    Oleh Amri HTZ –

    Pinggan mangkuk yang diperbuat daripada bahan alami mempunyai banyak kelebihan berbanding yang dihasilkan daripada plastik.

    Selain 100 peratus terbiodegradasikan, langkah memilih penggunaannya dalam kehidupan seharian juga boleh mengurangkan penghasilan gas rumah hijau daripada proses pembuatan pinggan mangkuk daripada plastik. Untuk menyokong inisiatif tersebut, projek kali ini akan membawa awda menelusuri langkah pembuatan mangkuk daripada kayu yang cukup mudah untuk dilakukan.

    Antara barang yang diperlukan

    Blok kayu
    Gam kayu
    Alai pengapit kayu
    Mesin bandsaw
    Spindle sander
    Pita pengukur
    Papan
    Mesin pemotong kayu meja

    POTONG, RATAKAN KAYU

    Blok kayu yang tersedia akan dipotong dengan ukuran 3.5 x 3.75 x 2 inci menggunakan mesin pemotong kayu meja. Tetapkan rip fence mesin dengan jarak diperlukan untuk memastikan potongan rata. Sebagai langkah keselamatan, pastikan bilah mesin dinaikkan 3 milimeter(mm) maksimum daripada ketinggian kayu yang dipotong. (Gambar 2)

    Menggunakan mesin bandsaw, potong bahagian luar blok kayu dengan kedudukan 5 darjah. Langkah ini bagi mendapatkan permukaan luaran rekaan yang sedikit mencondong menjadikan bahagian atas rekaan lebih besar daripada bahagian bawah. (Gambar 3)

    Pada permukaan atas kayu, akan dilakarkan dengan bentuk yang diinginkan. Langkah ini diikuti dengan memotongkan bentuk tersebut dengan kedudukan bilah mesin kekal sama seperti sebelumnya (5 darjah).

    Gambar 1. – Gambar oleh Ianleo
    Gambar 2. – Gambar oleh Ianleo
    Gambar 3. – Gambar oleh Ianleo
    Gambar 4. – Gambar oleh Ianleo
    Gambar 5. – Gambar oleh Ianleo
    Gmabar 6. – Gambar oleh Ianleo
    Gambar 7. – Gambar oleh Ianleo
    Gambar 8. – Gambar oleh Ianleo
    Gambar 9. – Gambar oleh Ianleo
    Gambar 10. – Gambar oleh Ianleo
    Gambar 11. – Gambar oleh Ianleo
    Gambar 12. – Gambar oleh Ianleo

    Untuk memotongkan bahagian tengah material, awda hanya terus memotong daripada bahagian luar material berbeza daripada mesin jig yang mampu memotong bahagian tengah material secara terus. (Gambar 4)

    CARA BENTUK REKAAN YANG SAMA

    Ketebalan mangkuk rekaan lebih kurang 12mm diperlukan dalam projek ini. Cara mudah mendapatkan bentuk lakaran yang sama dengan bahagian luarannya, gunakan vernier caliper sebagai alat meniru bentuk tersebut.

    Measuring faces (bahagian alat untuk mengukur material) sama ada bagi mengukur bahagian luaran atau dalaman sesuatu material akan digunakan sebagai panduan.
    (Gambar 5)

    Lebihan potongan kayu pada bahagian tengah akan melalui langkah yang sama sehingga menghasilkan beberapa biji mangkuk dengan bentuk sama. Jika awda menggunakan blok kayu yang berukuran lebih besar, ia setentunya mampu menghasilkan lebih daripada empat biji mangkuk berbanding projek ini. (Gambar 6)

    CANTUM POTONGAN TERDEDAH

    Bahagian kayu yang terdedah akibat daripada pemotongan menggunakan bandsaw kemudiannya akan ditutup sama ada dengan menggunakan wood filler ataupun hanya mencantumkannya terus menggunakan gam kayu.

    Dengan menyapukan permukaan cantuman, awda hanya perlu mengekalkan kedudukannya menggunakan alat pengapit sehingga gam mengering. (Gambar 7)

    Setelah gam mengering, permukaan kayu bahagian dalam akan dibersihkan daripada lelehan gam kayu dalam proses cantuman sebelumnya. Spindle sander akan digunakan pada langkah ini untuk mempercepat langkah pembuatan. Melakukannya secara manual juga mampu memberikan hasil akhir yang lebih kurang sama. (Gambar 8)

    Bahagian bawah rekaan kemudiannya akan ditutup dengan papan tersedia. Teknik cantuman dengan hanya menggunakan gam kayu akan diterapkan di sini. Ini bagi mendapatkan hasil akhir rekaan yang sempurna seperti tukang kayu profesional. (Gambar 9)

    Sama seperti langkah sebelumnya, bagi mengekalkan kedudukan cantuman, alat pengapit kayu akan digunakan. Ketika mengetatkan alat, pastikan tidak terdapat rongga antara permukaan cantuman.

    Selain itu dalam memastikan tekanan yang sewajarnya diberikan, perhatikan bahagian cantuman akan terdapat lelehan gam kayu. (Gambar 10).

    Lebihan papan pada bahagian bawah rekaan kemudiannya dipotong menggunakan mesin bandsaw. Selain penggunaan mesin, ia juga boleh dilakukan dengan menggunakan pahat kayu.

    Gosok permukaan potongan menggunakan kertas pasir 80 grit untuk menghaluskan permukaan kasar terhasil daripada langkah pemotongan. (Gambar 11)

    LINDUNGI PERMUKAAN REKAAN

    Langkah terakhir ialah melindungi permukaan dengan wood finish pilihan. Sapukan dan biarkan pelindung kayu menyerap sepenuhnya sebelum membersihkan lebihan wood oil tersebut dan biarkan ia mengering sepenuhnya sebelum digunakan.

    Dengan rekaan yang telah siap ini, bukan sahaja berfungsi sebagai tempat penyimpanan makanan, malahan rekaan juga boleh digunakan sebagai penghias sesebuah ruangan. (Gambar 12)

    Tip rekaan

    Pilih wood finish dengan bahan yang bebas daripada kimia bagi memastikan ia tidak mencemarkan makanan yang akan ditempatkan di dalamnya.

    Gosok keseluruhan permukaan kayu menggunakan kertas pasir 80 grit sehinggalah yang lebih halus untuk mendapatkan permukaan yang lebih rata.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda