Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Mangsa air pasang besar terima sumbangan

    SANDAKAN, 6 JAN – Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) hari ini menyampaikan sumbangan berupa wang dan bakul makanan kepada lebih 100 keluarga di Kampung Forest di sini, yang terkesan dengan fenomena air pasang besar pada penghujung tahun lepas.

    Menteri Tugas-tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata setiap keluarga yang terkesan menerima RM500 dan bakul makanan dengan jumlah sumbangan bernilai RM97,000.

    “MUIS membantu setiap keluarga (di Kampung Forest) untuk sekurang-kurangnya meringankan bebanan keluarga yang terlibat.

    “Saya juga menyeru kepada badan bukan kerajaan dan syarikat perniagaan agar tampil untuk bersama-sama (kerajaan) mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh mangsa, bukan sahaja di sini (Kampung Forest), tetapi juga di daerah terlibat dengan bencana atau musibah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan MUIS itu di Kampung Forest di sini hari ini.

    Sebanyak 110 rumah kayu bertiang di perkampungan atas air itu roboh akibat fenomena air pasang besar pada 24 Disember lepas menyebabkan 114 keluarga melibatkan 655 orang kehilangan tempat tinggal.

    Terdahulu, Mohd Arifin turut melawat Maahad Tahfiz Darul Hasanah di sini dan menyampaikan sumbangan RM160,000 untuk pembiayaan aktiviti sekolah itu selama setahun. – Bernama

    Pengerusi Perbadanan Baitulmal Sabah, Datuk Dr Omar Raisul As-Salam Syah Sulaiman Omar (dua, kiri) menyampaikan bantuan kepada salah seorang penduduk pada majlis penyerahan sumbangan khas kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...