Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa banjir di Membakut meningkat

    KOTA KINABALU, 4 Jan – Jumlah mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) daerah kecil Membakut meningkat kepada 566 orang daripada 196 buah  keluarga setakat 5 petang tadi berbanding 555 orang daripada 194 buah keluarga, tengah hari tadi.

    Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, 439 mangsa daripada 151 keluarga ditempatkan di PPS SM St Patrick manakala selebihnya 127 orang daripada 45 keluarga kini berada di PPS Dewan Serbaguna Membakut.

    Menurut agensi itu, 25 kampung di daerah itu masih terjejas banjir manakala lapan jalan raya tidak dapat dilalui akibat ditenggelami air. Selain APM, Polis Diraja Malaysia (PDRM)  dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)  turut terlibat dalam kerja-kerja pengurusan bencana banjir. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda