KOTA KINABALU, 27 FEB – Jumlah mangsa banjir di daerah Telupid dan Paitan meningkat kepada 394 orang daripada 118 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 262 orang daripada 81 keluarga 8 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Telupid hari ini, menjadikan lima PPS dibuka di daerah itu setakat ini yang menempatkan 340 orang daripada 100 keluarga.
“Sebanyak 54 orang daripada 18 keluarga pula berlindung di dua PPS di Paitan.
“Trend pemindahan mangsa di Telupid dan Paitan meningkat pada malam ini,” menurut kenyataan. Telupid dan Paitan terletak di kawasan pedalaman Sabah, masing-masing lebih 200 kilometer dan lebih 230 kilometer arah timur dari Kota Kinabalu. – Bernama
