Monday, March 10, 2025
32.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa banjir di Sabah meningkat pagi ini

    KOTA KINABALU, 10 MAC – Jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS di Sabah meningkat kepada 4,122  orang daripada 1,357 keluarga setakat jam 8 pagi tadi, berbanding 3,579 orang daripada 1,203 keluarga kelmarin.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, lapan PPS di Tenom menempatkan 743 orang daripada 276 keluarga.

    Di Beaufort, empat PPS beroperasi dengan 1,339 orang daripada 432 keluarga, manakala dua PPS di Membakut menempatkan 872 orang daripada 293 keluarga.

    Selain itu, dua PPS di Sook menempatkan 1,031 orang daripada 241 keluarga, sementara dua PPS di Keningau menampung 137 orang daripada 51 keluarga.

    “Sebanyak 37 kampung terjejas, masing-masing 10 di Beaufort, Membakut dan Tenom, lima di Sook, serta dua di Keningau. Trend pemindahan di semua PPS kekal,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    Mangsa banjir di Sabah meningkat pagi ini. – Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda