Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Mangsa banjir di Sabah menurun kepada 1,526 orang

    KOTA KINABALU, 4 MEI – Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 1,526 orang daripada 455 keluarga pada 4 petang ini, berbanding 1,541 orang daripada 472 keluarga 8 pagi tadi.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sekolah Kebangsaan Padang Berampah, Sipitang ditutup pada 3 petang tadi selepas mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan situasi banjir telah pulih.

    “Setakat ini, 1,266 orang daripada 377 keluarga di Sook masih berlindung di empat PPS, manakala PPS Balai Raya Kampung Molosok Dalit telah ditutup petang ini,” menurut kenyataan itu.

    PPS masih dibuka ialah Dewan Datuk Ellron Agin yang menempatkan 671 mangsa, Dewan Masyarakat Sook (272), Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 (206), dan Dewan Kampung Ansip Tengah (117).

    Sementara itu di Beaufort, 260 mangsa daripada 78 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon. – Bernama

    Seorang penduduk tempatan Beaufort, Abdul Mutalib Abdul Ghani, 38, pada 12 Mac, berkata kawasan rumahnya yang terletak di tepi Sungai Padas sering terdedah kepada banjir. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...