Saturday, February 8, 2025
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa banjir di Sarawak meningkat

    KUCHING, 1 MAC – Jumlah mangsa banjir di daerah Kuching, Bau dan Siburan meningkat kepada 278 orang daripada 65 buah keluarga pagi ini berbanding 127 orang daripada 31 keluarga, petang semalam.

    Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, setakat pagi ini enam pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka.

    PPS Surau Nur Hidayah Kampung Batu Kitang Jaya di Kuching menempatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 124 orang daripada 26 buah keluarga manakala PPS SJK Chuang Hua Batu Kawa, Kuching (76 mangsa daripada 17 keluarga) dan PPS Dewan Serbaguna Batu Kitang Jaya, Kuching (22 mangsa daripada lima keluarga).

    Di Bau, PPS Dewan Datuk Seri Mohammad Hamdan, Balai Bomba Bau menempatkan 20 orang mangsa daripada lapan keluarga dan PPS Balai Raya Kampung Opar menempatkan sembilan mangsa daripada dua keluarga. Di Siburan, PPS Dewan Serbaguna Kampung Mundai pula menempatkan 27 orang mangsa daripada tujuh keluarga. – Bernama

    Seorang penduduk dibantu oleh Anggota Pertahanan Awam (APM) membersihkan sekitar rumah yang dipenuhi lumpur selepas kejadian banjir di Kuching.- Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda