KUCHING, 1 MAC – Jumlah mangsa banjir di daerah Kuching, Bau dan Siburan meningkat kepada 278 orang daripada 65 buah keluarga pagi ini berbanding 127 orang daripada 31 keluarga, petang semalam. Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, setakat pagi ini enam pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka. PPS Surau Nur Hidayah Kampung Batu