Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa banjir dibantu

    Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan menyampaikan sumbangan bantuan kerajaan kepada 121 orang mangsa banjir di Daerah Brunei dan Muara.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Seramai 121 orang mangsa banjir di di Kampung Lumapas A, Kampung Lumapas B, Kampung Tanah Jambu dan Kambung Subok telah menerima sumbangan pada Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan Kerajaan yang diadakan di Dewan Kuliah Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, hari ini.

    Hadir bagi menyampaikan bantuan kewangan berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulik Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Turut hadir ialah Pemangku Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan. Belia dan Sukan (KKBS), Haji Amer Hamzah bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria, para pegawai kanan dan kakitangan di KKBS serta para penghulu mukin dan ketua-ketua kampung. (Klik di sini untuk cerita lanjut)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda