SIBU, 24 MAC – Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Katibas, Sarawak yang terkesan akibat banjir baru-baru ini dinasihati lebih berwaspada terhadap pihak tidak dikenali yang menawarkan bantuan kepada mereka. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Lidam Assan berkata ini bagi memastikan mereka tidak menjadi mangsa scammer yang mengambil kesempatan dalam situasi sukar ini.