Wednesday, March 22, 2023
23.4 C
Brunei

-

Mangsa banjir kilat di Pontian terus meningkat

JOHOR BAHRU, 5 MEI – Mangsa banjir kilat di daerah Pontian terus meningkat kepada 168 individu daripada 31 keluarga dengan dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian me-nerusi kenyataan memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Bunian menempatkan 117 individu daripada 20 keluarga, manakala 32 individu daripada tujuh keluarga di SK Seri Bukit Panjang.

Menurutnya PPS pertama dibuka di SK Melayu Raya menempatkan 19 individu daripada empat keluarga dengan keseluruhan tiga kampung terjejas setakat ini, iaitu Kampung (Kg) Seri Segambut, Kg Jasa Sepakat dan Kg Bukit Panjang.

“Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat yang berterusan semalam kira-kira 5:30 pagi menyebabkan beberapa rumah di Pontian dinaiki air,” katanya. – Bernama

Keadaan rumah di Kampung Sri Gambut, yang dinaiki air susulan hujan lebat lebih dua jam pada awal pagi 4 Mei. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -