Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Mangsa banjir OKU terharu ramai tampil membantu

    PENAMPANG, 4 JULAI – Seorang penduduk Orang Kelainan Upaya (OKU) yang turut menjadi mangsa banjir di Kampung Dabak di sini menarik nafas lega dan terharu apabila menerima bantuan yang tidak putus-putus sejak semalam.

    Francis Xavier Kinjin @ Oliver Putut, 40, yang dilahirkan dengan focomelia iaitu gangguan kongenital menyebabkan tangan dan kaki seseorang menjadi lebih pendek atau hilang sama sekali berkata, beliau yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Kebudayaan Penampang dibenarkan pulang ke rumah petang semalam.

    Beliau berkata lebih mengharukan lagi apabila beliau tidak putus-putus menerima panggilan telefon daripada pelbagai pihak yang berhasrat untuk membantu, antaranya untuk membersihkan rumah.

    “Sejak semalam ramai yang telefon untuk bertanyakan keadaan saya dan mahu datang untuk menghulurkan bantuan seperti membersihkan rumah dan sebagainya.

    “Pagi tadi apabila saya bangun, saya terkejut melihat Timbalan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Donald Peter Mojuntin, dengan beberapa lagi pihak sukarelawan lain datang ke sini dan menghulurkan bantuan serta bersama-sama membersihkan rumah yang dimasuki tanah dan lumpur,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya.

    Menceritakan kejadian banjir berkenaan, Francis Xavier berkata ia adalah kali kedua banjir besar berlaku di kampung berkenaan sejak beliau dilahirkan dan menetap di situ sejak 40 tahun lepas.

    Beliau berkata semasa banjir berkenaan berlaku kira-kira pukul 5 petang Ahad lepas, kebetulan adik angkat dan ibu beliau berada di situ. – Bernama

    Francis Xavier Kinjin semasa menceritakan pengalamannya ketika banjir kilat yang menimpa rumahnya pada petang Ahad lalu di Kampung Dabak Penampang. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...