Sunday, March 16, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa banjir, rumah roboh terima bantuan kewangan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Dua ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir dan rumah roboh telah menerima bantuan kewangan kerajaan melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) pada majlis yang berlangsung di Bilik Kunjungan bangunan KKBS, kelmarin.

    Bantuan diserahkan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad kepada ketua-ketua keluarga berkenaan.

    Bantuan diterima oleh Awang Suhaimi bin Haji Damit @Abdul Hamid yang rumahnya mengalami banjir dan mengakibatkan kerosakan harta benda pada 28 Ogos di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Tanah Jambu.

    Manakala itu, Hajah Amit binti Abbas pula menerima bantuan kerana rumahnya di Kampung Burong Pingai Ayer telah roboh pada 25 September lalu.

    Bantuan berkenaan adalah bagi membantu meringankan kesusahan yang dialami bagi meneruskan kehidupan seharian.

    Yang Berhormat Menteri Kebuda-yaan, Belia dan Sukan menyampaikan bantuan kepada Awang Suhaimi.
    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan bantuan kepada Hajah Amit.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda