Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa banjir terima sumbangan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OGOS – Mangsa kejadian banjir yang berlaku di beberapa buah kampung di Daerah Brunei dan Muara baru-baru ini telah menerima bantuan kewangan kerajaan pada majlis yang diadakan di Dewan Citra Budaya, lantai aras bawah, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), hari ini.

    Sejumlah $7,000 telah disumbangkan oleh kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), KKBS kepada 14 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir di Kampung Lumapas, Kampung Katok, Kampung Sengkurong B, Kampung Jerudong, Kampung Tanjong Bunut dan Kampung Kilanas.

    Hadir bagi menyampaikan bantuan tersebut ialah Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar) di KKBS, Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil.

    Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) di KKBS, Dayang Saidah binti Haji Wahid @ Burut, pemangku pengarah pembangunan masyarakat dan pegawai-pegawai kanan JAPEM.

    Bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir, pihak JAPEM juga menghulurkan bantuan catuan makanan dan keperluan asasi lain kepada mangsa-mangsa berkenaan sewaktu kejadian berlaku.

    Datin Paduka Dr Hajah Norlila ketika menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda