Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa bencana terima bantuan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Bagi meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa kejadian kebakaran, angin kencang dan rumah roboh baru-baru ini, tujuh ketua keluarga telah menerima sumbangan kewangan daripada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada majlis yang berlangsung di Bilik Kunjungan, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, pagi tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan bantuan kewangan tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Menurut kenyataan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), dua ketua keluarga yang menerima bantuan kewangan hari ini adalah mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Daerah Brunei dan Muara dari Kampung Pengiran Bendahara Lama dan sebuah keluarga dari Kampung Long Mayan, Daerah Tutong.

    Sementara itu, dua buah keluarga terjejas kejadian rumah roboh di Kampung Saba Tengah dan Kampung Lurong Dalam, Daerah Brunei dan Muara dan dua buah keluarga mangsa kejadian angin kencang yang menetap di Kampung Pandai Besi B dan Kampung Sungai Pandan juga menerima sumbangan.

    Kesemua mangsa dan penghuni rumah yang terlibat dalam kejadian-kejadian tersebut dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bergambar ramai bersama penerima bantuan. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda