Thursday, March 20, 2025
24.7 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Mangsa bot karam di Sri Lanka meningkat

COLOMBO, 22 Feb – Pasukan penyelamat hari ini menemui dua lagi mayat selepas bot penumpang karam di laut selatan Sri Lanka pada Ahad lalu, menjadikan jumlah yang terkorban kepada 13 orang.

Pihak polis berkata, mayat lelaki berusia 28 tahun dan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun ditemui hari ini tatkala operasi mencari diteruskan oleh Tentera Laut Sri Lanka.

Beberapa bot tentera laut dan penyelam telah dikerahkan dalam operasi mencari sejak Ahad lalu.

Bot penumpang, yang karam pada pagi Ahad di laut Kalutara, telah membawa penumpang ke satu majlis perkahwinan.

Tentera Laut berkata bot nelayan untuk menangkap ikan itu melebihi muatan dan tidak mengikuti peraturan keselamatan, di mana para penumpangnya tidak memakai jaket keselamatan.

Sejak Ahad 32 penumpang berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat dan mereka kini menerima rawatan di dua hospital tempatan.

Kerajaan berkata bahawa ia akan membayar pampasan kepada mangsa-mangsa bencana dan kepada mereka yang cedera, manakala Kementerian Perikanan telah mengenakan peraturan baru yang melarang bot nelayan daripada digunakan untuk membawa penumpang. – Xinhua

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda