Tuesday, May 6, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa culik warga Korea Selatan dibebaskan

    SEOUL, 5 MEI – Seorang warga Korea Selatan berjaya dibebaskan hari ini, tiga hari selepas diculik di Filipina, lapor Agensi Berita Yonhap.

    Kementerian Luar Korea Selatan berkata insiden penculikan itu berlaku pada awal pagi Jumaat ketika individu berkenaan dalam perjalanan dengan kereta bersama dua warga China dan dua warga Filipina ke Nasugbu dekat Manila untuk menyertai aktiviti memancing.

    Bagaimanapun, sekumpulan tujuh hingga 10 individu bersenjata menculik mereka.

    Warga Korea Selatan itu berjaya diselamatkan oleh polis Filipina pada pagi hari ini dan dilaporkan berada dalam keadaan sihat. Dua warga China yang turut diculik juga dilaporkan telah dibebaskan.

    Siasatan sedang dijalankan selepas seorang daripada mangsa yang diculik dibebaskan di tepi jalan dan membuat laporan di balai polis berhampiran. Identiti dan motif penculik masih belum dikenal pasti.

    Seorang pegawai kementerian memaklumkan Kedutaan Korea Selatan di Filipina telah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan pembebasan segera mangsa, selain memberikan bantuan konsular kepada keluarga mangsa. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda