KOTA SAMARAHAN, 12 DIS – Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata kaunselor dapat membantu dengan memberikan nasihat dan panduan untuk menangani permasalahan yang

