Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa hilang dalam tanah runtuh Filipina meningkat

    MANILA, 8 FEB – Pasukan penyelamat menggunakan tangan dan penyodok untuk menggali lumpur hari ini dalam pencarian terdesak bagi mangsa yang terselamat daripada tanah runtuh di Filipina apabila jumlah yang hilang meningkat hampir dua kali ganda kepada 90 orang, kata seorang pegawai.

    Dua hari selepas tanah runtuh akibat hujan melanda perkampungan perlombongan emas pergunungan Masara di selatan pulau Mindanau, para pencari bergelut dengan masa dan cuaca.

    Tujuh orang terbunuh dan 31 cedera apabila tanah runtuh memusnahkan rumah, tiga buah bas dan sebuah jeepney yang menunggu pekerja dari lombong emas pada malam Selasa lalu.

    Seramai 90 orang hilang, meningkat daripada 48 yang dilaporkan sebelum ini, kata pegawai agensi bencana, Edward Macapili, dari wilayah Davao de Oro kepada AFP, memetik data polis.

    “Adalah menjadi harapan semua orang bahawa mangsa masih hidup,” kata Macapili.

    “Pasukan penyelamat kami tergesa-gesa kerana setiap detik penting dalam kehidupan manusia.”

    Tanah runtuh itu meninggalkan jurang yang dalam di bawah gunung. Pasukan penyelamat menarik seseorang hidup-hidup dari lumpur 11 jam selepas ia melanda, kata Macapili.

    “Jadi ada peluang,” tambahnya.

    Polis, askar dan penyelamat dari Davao de Oro dan wilayah Davao del Norte bersebelahan telah dikerahkan ke Masara untuk membantu operasi mencari. – AFP

    Para tentera membawa mangsa tanah runtuh ketika mereka tiba di Tagum City, wilayah Davao del Norte, selatan Filipina pada 7 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda