Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa hilang di Teluk Cowie ditemukan

    TAWAU, 8 JUN – Mangsa hilang di Teluk Cowie pada Jumaat lepas, Nurul Maslan Sabran, 34, ditemukan, hari ini.

    Maklumat itu dikongsikan sendiri oleh adik mangsa, Ismail Sabran, 33, ketika kunjungan media di kediamannya di Taman Apas Permai di sini, pada 10:30 pagi.

    Ismail berkata, abang kandungnya itu ditemukan berhampiran sempadan perairan Malaysia-Indonesia Pulau Sebatik.

    “Saya terima maklumat berkenaan daripada keluarga yang mencari di laut dan menemui jasad. Melalui gambar yang dikirimkan kepada saya, abang berpakaian lengkap dan terapung,” katanya.

    Dalam pada itu, Ismail turut mengesahkan menerima panggilan daripada pihak polis mengenai penemuan mayat dan untuk pengecaman. Sementara itu, Ismail turut memohon supaya bedah siasat ke atas mangsa dijalankan bagi mengetahui punca kematian.

    Pada Jumaat lepas, anggota Pasukan Polis Marin (PPM) bertugas di Laut Ice Box terjumpa sebuah perahu yang berputar

    dengan enjin masih hidup tetapi tanpa jurumudi pada 5:50 petang. Sebelum itu, mangsa difahamkan dari Tanah Besar Tawau mahu ke Sungai Melayu pada 2:30 petang sebelum perahunya ditemui pasukan kese-lamatan. – Bernama

    Kelihatan jenazah Nurul Maslan yang hilang sejak Jumaat lepas diusung oleh pasukan keselamatan untuk dibawa ke Hospital Besar Tawau bagi urusan bedah siasat. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda