Friday, May 9, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa hilang tanah runtuh Indonesia meningkat 27 orang

    JAKARTA, 11 JAN – Jumlah mangsa hilang dalam kejadian tanah runtuh di wilayah Jawa Barat Indonesia meningkat kepada 27 orang manakala angka korban kekal 13 orang.

    Ketua Unit Kecemasan Pengurusan Bencana Wilayah, Budi Budiman berkata kejadian di kampung Cihanjuan, Kabupaten Sumedang pada Sabtu itu disebabkan hujan lebat.

    “Kami telah menerima laporan lebih ramai orang hilang akibat tanah runtuh,” katanya ketika dihubungi Xinhua hari ini.

    Seramai 18 orang dilaporkan cedera, kata Budiman.

    Misi mencari dan menyelamat disambung semula hari ini, dan tiga unit peralatan mesin berat telah dihantar ke lokasi kejadian.  – Bernama

    Usaha mencari mangsa tanah runtuh di Sumedang, Jawa Barat, Indonesia diteruskan dengan angka hilang meningkat kepada 27 orang, 11 Jan. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda