Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SRRI BEGAWAN, 30 OGOS – Kesejahteraan mangsa kebakaran rumah di Kampung Subok yang berlaku pada 7 Ogos lalu terus mendapat perhatian pelbagai pihak dengan majlis penyerahan derma yang berlangsung di kediaman Pemangku Ketua Kampung Subok, Awang Lawi bin Haji Lamat, hari ini.
Sumbangan berkenaan disampaikan oleh ahli Majlis Mesyuarat, Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis yang juga penghulu Mukim Kota Batu dan pemangku penghulu Mukim Kianggeh, kepada Dayang Tiah binti Haji Yussof.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Majlis Perundingan Kampung (MPK) Subok sebagai salah satu inisiatif dalam membantu penduduk kampung yang ditimpa musibah seperti kebakaran rumah.
Derma yang disampaikan berkenaan adalah hasil sumbangan daripada MPK Subok, MPK Belimbing, penghulu dan pemangku-pemangku ketua kampung di bawah Mukim Kota Batu.
Turut hadir ialah pemangku-pemangku ketua kampung di bawah Mukim Kota Batu.
