Mangsa kebakaran RPN Kampung Tanah Jambu terima bantuan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Keluarga yang menjadi mangsa kebakaran rumah di RPN Kampung Tanah Jambu pada 29 Ogos lalu telah menerima bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), hari ini.

Majlis penyerahan bantuan kepada Pengiran Johari bin Pengiran [email protected] Hassan selaku ketua keluarga berkenaan telah diadakan di KKBS di mana sumbangan disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) di KKBS, Dayang Saidah binti Haji [email protected] serta pegawai-pegawai dari JAPEM.

Pemberian bantuan kewangan berkenaan diharap sedikit sebanyak membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa bagi meneruskan kehidupan seharian.

Usaha berkenaan menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan ketika menyerahkan sumbangan kepada Pengiran Johari.