Oleh Nurdiyanah R.
TUTONG, 28 Mac – Sebuah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Bebuloh telah menerima sumbangan berbentuk pakaian daripada Sukarelawan Daerah Tutong (SUKA), baru-baru ini.
Hadir bagi menyampaikan sumbangan ialah Urus Setia SUKA, Haji Saifulbahri bin Haji Umarali yang mana sumbangan diberikan kepada ketua rumah mangsa kebakaran, Dayang Damit binti Haji Bustan yang tinggal bersama lapan orang ahli keluarga terdekat.
Dalam pada itu, Haji Saifulbahri turut mengalu-alukan orang ramai di negara ini untuk bersama-sama memberi bantuan amal secara sukarela seperti menyumbangkan kelengkapan pakaian yang terpakai dan menghantar kepada pihak SUKA untuk diedarkan kepada mereka yang memerlukan.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Kampung Bebuloh, Haji Said bin Tundak dan ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) Bebuloh serta ahli-ahli SUKA.
