Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa kebakaran terima bantuan kewangan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Lima orang ketua keluarga yang menjadi mangsa bencana banjir, kebakaran dan rumah roboh atau tidak selamat didiami, hari ini, telah menerima bantuan kewangan daripada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

    Majlis penyampaian bantuan kewangan berkenaan telah diadakan di Bangunan KKBS dan disempurnakan oleh Pemangku Timbalan Pengarah JAPEM, Dayang Mirany Floridzah binti Abdul Rahman.

    Daripada lima orang ketua keluarga berkenaan, tiga daripadanya terlibat dalam kejadian rumah roboh atau tidak selamat didiami, seorang ketua keluarga terlibat dalam kejadian banjir dan seorang ketua keluarga terlibat dalam kejadian kebakaran.

    Kesemua mangsa dan penghuni rumah yang terlibat dalam kejadian bencana tersebut dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Pemberian bantuan kewangan berkenaan adalah usaha keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

    Dayang Mirany Floridzah semasa menyerahkan bantuan kepada wakil ketua keluarga mangsa kebakaran. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda