Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa kebakaran terima sumbangan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Dalam usaha untuk meringankan bebanan mangsa kejadian kebakaran rumah di Kampung Sungai Besar baru-baru ini, Majlis Ugama Islam telah menyerahkan agihan wang zakat kepada mangsa-mangsa kebakaran rumah berkenaan dalam majlis yang berlangsung di Dewan Multaqa, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), hari ini.

    Pada majlis berkenaan, wang agihan zakat disampaikan oleh Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam, Negara Brunei Darussalam, Haji Abdul Aziz bin Haji Akop. Agihan zakat dalam bentuk kewangan berjumlah $3,000 dan peralatan sekolah diserahkan kepada tiga kelamin.

    Kesemua wang tunai dan peralatan persekolahan berkenaan diambil daripada peruntukan Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin.

    Agihan zakat itu diharap akan dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh mangsa dengan harapan semoga mereka lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada dalam menjaga keselamatan ahli keluarga daripada ditimpa musibah.

    Haji Abdul Aziz menyampaikan wang agihan zakat kepada salah seorang penerima di majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda