Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa kebakaran terima sumbangan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MAC – Untuk meringankan lagi bebanan mangsa kejadian kebakaran Kampung Pengiran Bendahara Lama yang berlaku pada 8 Januari lalu, melibatkan 12 buah rumah dan lebih 90 penghuni, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei (DPPMB) telah menghulurkan sumbangan pada majlis yang diadakan di bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, hari ini.

    Sumbangan diserahkan oleh Presiden DPPMB, Yang Berhormat Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arsad kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong yang juga penasihat bersama Jawatankuasa Tabung Amal Mangsa Kebakaran Kampung Pengiran Bendahara Lama. Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah timbalan setiausaha tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), pegawai-pegawai kanan KHEDN dan ahli-ahli DPPMB.

    Yang Berhormat Haji Abdul Hamid @ Sabli menyerahkan sumbangan kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda