Monday, July 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa kebakaran terima sumbangan

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 30 Nov – Bagi meringankan beban mangsa kebakaran, Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong telah mengadakan majlis penyerahan bantuan kepada salah sebuah keluarga mangsa kebakaran di Kampung Kuala Tutong.

    Majlis penyerahan bantuan di Bilik Serba Guna, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong pagi tadi itu disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pegawai Agama Daerah Tutong, Haji Masri bin Haji Mohammad.

    Bantuan berupa kewangan berjumlah $400 yang diserahkan kepada Awang Shabudin bin Haji Razali dan isteri adalah peruntukan daripada Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin.

    Kediaman Awang Shabudin telah musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada 11 Oktober lalu.

    Haji Masri menyampaikan wang bantuan kepada Awang Shabudin kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda