Sabtu, 22 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa kebakaran terima sumbangan PBSM

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MEI – Bagi meringankan lagi bebanan mangsa kebakaran yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah baru-baru ini di Kampung Setia B yang melibatkan sembilan buah keluarga, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam melalui Badan Bertindak Kemanusiaan (BBM) telah memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

    Bantuan yang diberikan termasuk makanan asasi seperti beras wangi, minyak masak, gula, mi segera, air mineral, biskut kering, kordial, kopi dan teh.

    Penyerahan sumbangan berkenaan disampaikan secara langsung oleh Presiden PBSM Negara Brunei Darussalam, Haji Suhaimi bin Haji Ibrahim, kepada Penghulu Kampung Setia A dan B, Awang Raimi bin Rashid.

    PBSM sentiasa mengikuti semangat kemanusiaan, yang mengakui bahawa dalam keadaan krisis seperti ini, sokongan dan empati manusia adalah sebahagian daripada proses pemulihan yang sangat penting untuk bersama-sama memulihkan komuniti yang sedang mengalami situasi sedemikian.

    Tujuan bantuan ini adalah untuk memberikan sokongan praktikal kepada keluarga yang terkesan dan membantu mereka dalam proses pemulihan dari tragedi kebakaran. Melalui inisiatif ini, PBSM Negara Brunei Darussalam berharap dapat membawa sedikit keselesaan dan harapan kepada mangsa yang sedang menghadapi cabaran yang sukar.

    Sehubungan itu, PBSM juga ingin mengucapkan penghargaan kepada semua yang telah menyokong usaha BBM, PBSM tersebut.

    Solidariti dan kepedulian daripada masyarakat adalah kunci dalam membantu memulihkan komuniti dalam masa krisis.

    Antara barang yang akan diserahkan kepada mangsa kebakaran berkenaan – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Ahli PBSM bergambar ramai semasa acara penyerahan sumbangan tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda