Thursday, February 20, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa ketiga nahas terowong ditemui

    WYOMING, 17 FEB – Mangsa ketiga ditemui kelmarin dalam serpihan akibat kemalangan yang mengakibatkan kebakaran di dalam terowong lebuh raya Wyoming melibatkan 26 kereta dan trak, kata pegawai.

    Sementara itu, lima orang mengalami cedera parah dalam kemalangan Jumaat lalu di sepanjang Interstate 80 berhampiran bandar kecil Green River, Wyoming. Nahas itu mengakibatkan kebakaran di dalam terowong yang memusnahkan sepenuhnya enam kenderaan komersial dan dua kenderaan penumpang.

    Kebanyakan serpihan telah dialihkan kelmarin, dengan kurang daripada 10 kenderaan masih berada di dalam terowong, kata Sgt. Jason Roascio selaku Peronda Lebuhraya Wyoming.

    Tambahnya, salji telah melambatkan kerja penyiasat persekutuan dan negeri.

    “Kami berharap ia merupakan korban terakhir,” kata Roascio.

    Butiran lanjut mengenai ketiga-tiga mangsa masih belum didedahkan.

    Gambar yang diedarkan kelmarin menunjukkan mayat dari dua kenderaan yang hangus di dalam terowong itu.

    Nahas berlaku di arah barat terowong berkembar di bawah Castle Rock, di bandar Green River di wilayah barat daya negeri itu. – AP

    Gambar menunjukkan kenderaan hangus selepas kemalangan dan kebakaran di Terowong Green River di sepanjang Interstate 80 pada 15 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda