LUCKNOW, India, 2 Nov – Jumlah kematian akibat letupan di sebuah loji janakuasa arang batu di utara India telah meningkat kepada 26 orang, kata kerajaan hari ini, ketika 10 orang lagi meninggal dunia akibat kecederaan yang mereka alami.
Beberapa lagi mangsa sedang dirawat akibat kecederaan kritikal yang dialami kelmarin apabila paip dandang meletup di loji yang dikendalikan oleh utiliti kuasa milik negara terbesar di India di negeri Uttar Pradesh.
Senarai yang disediakan oleh kerajaan negeri menunjukkan 26 orang telah meninggal dunia, walaupun ada yang belum dikenalpasti.
Seorang mangsa yang terselamat sedikit melecur akibat terkena gelombang udara panas apabila letupan itu berlaku.
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/P14-A_031117.jpg)
Lelaki itu tidak sedarkan diri dan terbangun apabila tiba di hospital bagi rawatan, menurut agensi berita Press Trust of India.
Kemalangan di tempat kerja adalah satu perkara yang biasa berlaku di India, di mana kebanyakannya berpunca daripada piawaian keselamatan yang lemah dan penguatkuasaan undang-undang peraturan yang telah menyebabkan kematian yang mengerikan.
Kilang 1,550 megawatt (MW), yang mempunyai kira-kira 870 orang dan bekalan elektrik kepada sembilan negara jiran, telah ditutup.
Pemiliknya National Thermal Power Corporation telah melancarkan siasatan penyebab kebakaran itu berlaku. – AFP