NILES, Mich, 2 April – Pihak berkuasa di barat daya Michigan telah mengenal pasti budak lelaki berusia 13 tahun yang maut selepas kebocoran karbon monoksida di sebuah kawasan kolam hotel yang juga mengakibatkan dua belas orang jatuh sakit.
Para kakitangan Quality Inn & Suites di Niles telah menghubungi 911 sekitar pukul 10 pagi semalam selepas melihat enam orang kanak-kanak tidak sedarkan diri di dek kolam. Polis berkata kanak-kanak ketujuh didapati tidak sedarkan dalam bilik tingkat pertama.
Ketua Polis Jim Millin berkata Bryan Douglas Watts,Niles disahkan meninggal dunia di hospital berhampiran.
Menurut Millin para pegawai telah memberikan bantuan prosedur kecemasan CPR kepada beberapa orang kanak-kanak dan membantu kanak-kanak yang terjejas masuk ke dalam kereta ambulans yang sedang menunggu.
Dua pegawai yang telah memberikan bantuan itu menerima rawatan bagi pendedahan kepada karbon monoksida dan telah dibenarkan keluar dari hospital.
Kapten bomba Niles Don Wise berkata kebocoran itu berpunca dari paip yang rosak dari alat pemanas kolam. – AP