MANILA, 4 OGOS – Jumlah kematian daripada insiden tiga bot yang karam telah meningkat kepada 25 orang ketika para penyelamat menjalankan pencarian ke atas mayat-mayat di laut luar tengah Filipina, kata para pegawai hari ini.
Ribut kencang membadai tiga bot kayu di Selat Guimaras pada Sabtu ketika negara dilanda hujan dari angin monsun barat daya bermusim, kata pengawal pantai.
Mayat 14 penumpang dan kru telah ditemui, kata para pegawai pertahanan awam, Franco Agudo memberitahu AFP, membawa jumlahnya kepada 25 orang.
Ketua polis serantau, Rene Pamuspusan juga mengesahkan hari ini bahawa 25 orang telah terkorban, dengan enam lagi masih hilang serta 55 berjaya diselamatkan. – AFP